Ganre: Malaysia, Talk, Rtm Radio, Labuan
For More Radio From Malaysia Click HERE
Radio Malaysia Labuan ditubuhkan selepas dua tahun empat bulan Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dengan perjanjian mengenainya ditandatangani pada 16 April 1984.
Ditubuhkan pada detik bersejarah sambutan Hari Kebangsaan ke-29 iaitu pada 31 Ogos 1986.
Tapak stesen - kawasan seluas 3.19 hektar di Tanjung Taras - 3 km dari pusat bandar.
Memulakan operasi menerusi gelombang FM Stereo Labuan FM 102.9 MHZ menggunakan kontena yang diubahsuai menjadi bilik hubungan (konti).
Kendalian studio secara 'One Man Operational County'.
Memulakan siarannya selama lima jam sehari, bermula jam 6 pagi, kemudiannya ditambah kepada sepuluh jam sehari pada 1 Januari 1992 dan berperingkat tambahan siarannya sehingga sehingga kepada 11 jam 15 minit sehari.
Pada 1 Julai 1996 Radio Malaysia Labuan berpindah ke bangunan barunya dan operasinya ditambah kepada 13 jam 15 minit sehari dan pada 1 Jun 2005 siaran RTM Labuan telah ditambah lagi kepada 18 jam dan 15 minit sehari yang bermula jam 05:45 pagi hingga 12 tengah malam (00:00) . Pada 21 Julai 1994 frekuensi telah ditukar kepada 103.7 Mhz dan saluran tambahan 89.4 Mhz apabila tertubuhnya Stesen Pemancar TV/FM di Bukit Timbalai pada tahun 2000.
Memulakan operasi dengan 10 orang kakitangan, seorang ketua stesen, 4 kakitangan Bahagian Rancangan, 4 petugas Bahagian Kejuruteraan dan seorang petugas Bahagian Berita Ehwal Semasa.
Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia Radio, Labuan FM Live Streaming, Live Labuan FM , Listen Online
Langkawi FM