Ganre: Malaysia, Talk, Radio RTM
For More Radio From Malaysia Click HERE
Melaka FM atau MFM merupakan stesen milik Radio Televisyen Malaysia yang dipancarkan ke seluruh negeri Melaka dan kawasan berhampirannya seperti Tampin, Palong, Port Dickson dan sebahagian daerah Rembau di Negeri Sembilan dan Muar , Batu Pahat, Kluang, Segamat,sebahagian Kota Tinggi, Pontian Utara dan Johor Bahru Utara/Kulai Utara di Johor serta di Bandar Muadzam Shah dan Bandar Tun Abdul Razak, Keratong di Pahang.
Sebelum ini radio ini pernah dikenali sebagai Radio Malaysia Melaka, Radio 3 Melaka dan Radio Malaya Melaka. Radio ini bersiaran selama 18 jam sehari bermula dari jam 06:00 sehingga 00:00. Radio ini bersiaran dari Jalan Taming Sari, Bandaraya Melaka. Peringkat awal siarannya merupakan siaran tempatan Rangkaian Nasional yang bermula dari jam 8.35 pagi hingga 9.00 pagi dan 5.10 petang hingga 7.45 malam setiap hari melalui Gelombang AM 1008 khz. Pada waktu lain siaran disambung dengan siaran nasional di Kuala Lumpur. Stesen Rangkaian Nasional Melaka juga menyumbang beberapa rancangan peringkat nasional( Kuala Lumpur ) dan siaran daerah yang beribu pejabat di Johor Bahru. Antara rancangan yang pernah disumbangkan untuk siaran nasional ialah, Permintaan Perajurit, Dondang Sayang, Di pinggir Selat Melaka manakala peringkat siaran daerah kawasan selatan, Coretan Rasa, Irama Gemalai, Di Pinggir Selat Melaka, Permintaan Petang Khamis, Permintaan Dari Teberau ke Kota Melaka (siaran bersama dengan RTM Johor Bahru), Lagu-lagu dari Filem, rancangan-rancangan agama,Pancaragam Jemputan,Drama Jejak Langkah, Pahit-pahit Manis dan banyak lagi.
Siaran AM hanya dapat diikuti dengan jelas di Negeri Melaka, Muar, Port Dickson dan Tampin. Mulai tahun 1986 stesen pemancar FM mula beroperasi yang menyebabkan siaran tempatan Melaka menjangkau hingga ke sebahagian besar Negeri Johor seperti Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Kluang dan Utara daerah Johor Bahru dan Utara daerah Pontian, sebahagian besar Negeri Sembilan dan Pahang Tenggara sehingga menjadi saingan kepada RTM Johor Bahru. RTM Johor Bahru kehilangan sebahagian besar pendengarnya yang telah "lari" ke Melaka.Mulai tahun 1994 siaran gelombang AM telah ditutup.
Frekuensinya adalah 102.3MHz. Selain itu radio ini juga boleh didengari secara lansung dari internet. Mottonya ialah Mepersonakan.
Para pendengar juga boleh menjadi ahli Teman Melaka FM.
Radio Malaysia Malacca memulakan siaran pertamanya pada tahun 1946 dari Bangunan Stadhuys. Pada mulanya siarannya dipancarkan melalui stesen pemancar berkuasa 25 watt dan siarannya boleh didengari melalui pembesar suara terletak di bandar lama Melaka.
Pada tahun 1948, Radio Malaya Malacca telah berpindah ke bangunan berkayu di Bandar Hilir manakala Bangunan Stadhuys dijadikan rumah mahkamah. Pada masa itu,sebuah menara pemancar telah terletak di Malacca Straits Inn di Bandar Hilir dengan kuasa 300 watt.
Pada tahun 1964, Radio Malaysia Melaka berpindah ke bangunan tetapnya di Jalan Mata Kuching (kini Jalan Taming Sari). Bangunan itu secara rasminya dibuka oleh bekas Yang di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malek Yusof, pada 17 Ogos 1965. Bangunan baru itu bermakna bermulalah era baru sejarah penyiaran Melaka. Bangunan itu dengan bangganya mempunyai tiga bilik komunikasi, sebuah bilik kawalan tengah, sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik rakaman dan sebuah audiotorium dengan keupayaan 180 penonton.Radio Malaysia Melaka pada satu ketika mempunya 3 Rangkaian iaitu Rangkaian Nasional Siaran Tempatan yang bermula setiap hari dari jam 8.35 pagi-9.00 pagi dan 5.10 petang hingga 7.45 malam.
Manakala siaran tempatan Melaka Rangkaian Hijau dari jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Manakala siaran Rangkaian Merah hanya siaran daerah kawasan selatan yang dipancarkan dari studio RTM Johor Bahru. Manakala siaran Rangkaian Biru hanya siaran daerah kawasan selatan di mana dalam seminggu 3 hari siarannya dari Melaka dan 4 hari lagi siarannya dari Johor Bahru. Siaran bermula dari 5.15 hingga 6.30 petang.
Siaran daerah bermaksud siaran itu dipancarkan untuk Negeri Johor dan Melaka manakala siaran tempatan merupakan rancangan yang berasingan antara Johor dan Melaka yang mana siaran itu beroperasi dari RTM Melaka untuk negeri Melaka dan RTM Johor Bahru untuk negeri Johor. Walau bagaimanapun sebelum pemancar FM beroperasi siaran tempatan Melaka Rangkaian Nasional hanya boleh diikuti di Melaka, Muar dan Tampin melalui gelombang AM 1008 khz yang berkuasa 10 kilowatt.Apabila pemancar FM mula beroperasi pada tahun 1985 siaran Melaka Rangkaian Nasional sudah menjangkau ke sebahagian besar Negeri Johor dan Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Pahang Tenggara. Mulai tahun 1990 semua Rangkaian Hijau dan Biru telah ditamatkan untuk siaran daerah dan tempatan.
Semua rancangan disediakan dari Kuala Lumpur. Siaran daerah Rangkaian Nasional Kawasan Selatan sebelah pagi ditamatkan mulai 1 Januari 1986 dan digantikan dengan siaran tempatan dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi. Siaran daerah kawasan selatan pada waktu petang telah ditamatkan siarannya mulai 1993 dan hanya siaran tempatan sahaja beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 3 petang hingga 9 malam. Pada tahun 1993 juga Siaran Tempatan tidak lagi berkongsi frekuensi dengan Rangkaian Nasional dan siaran tempatan telah mempunyai gelombangnya sendiri. Radio 1 (rangkaian nasional) 93.6 FM manakala radio 3 Melaka 102.3 FM
Pemancar stesen terletak di atas Gunung Ledang di Johor dengan keupayaan kuasa 1 kilowatt. Radio ini bersiaran melalui 102.3 MHz manakala pemancar di Batu Berendam dipancarkan dalam gelombang sederhana 1008 Khz(AM/MW) tetapi telah ditutup mulai 1994.
Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia Radio, MelakaFM Live Streaming, Live MelakaFM , Listen Online
MelakaFM