KLFM - Rentak Interaktif Kota Live Streaming

VoCasts - Listen Live Radio Watch Free Tv Streaming: KLFM - Rentak Interaktif Kota Live Streaming

KLFM - Rentak Interaktif Kota Live Streaming

KLFM - Rentak Interaktif Kota Live Streaming|VoCasts - Internet Radio Internet Tv Free ,Collection of free Live Radio And Internet TV channels. Over 2000 online Internet Radio
Now You Listen Radio KLFM, For More Info Visit Radio Website
Ganre: Malaysia, Talk, Rtm Radio, Kuala Lumpur
For More Radio From Malaysia Click HERE

KL FM (sebelum ini dikenali sebagai Radio Malaysia Kuala Lumpur (RMKL) dan sebelum ini sebagai Radio 3 Kuala Lumpur dan Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK) ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Stesen radio utamanya ialah di Pusat Penyiaran Antarabangsa, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

KL FM bermula sebagai Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK), ditubuhkan pada 5 November 1973. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan.

RMIK beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana 800 khz dari pukul 06:30 hingga 09:00 dan kemudian dari jam 16:00 hingga 19:00. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari 06:00 hingga 09:00 dan 13:00 hingga 19:00.

Selain daripada menyiarkan rancangan biasa RMIK juga menyediakan rancangan 1 jam dalam bahasa Inggeris iaitu dari pukul 18:00 hingga 19:00 yang dinamakan "Beautiful Malaysia". Rancangan ini khusus untuk pelancong-pelancong dari luar negara mengenali Malaysia dari segi keindahan semula jadi, makanan, pakaian dan kebudayaan masyarakat Malaysia.

Sejajar dengan kemajuan dan perkembangan di Wilayah Persekutuan, RMIK turut berkembang. RMIK maju selangkah dengan menyusun program berinfomasi serta hiburan segar dan rancak. Personaliti DJ diperkenalkan pada tahun 1983, dimana seorang DJ bertugas setiap hari mengikut waktu tertentu - Isnin hingga Sabtu 06:00-09:00, 13:00-16:00 dan 16:00-18:00. Maka muncullah DJ-DJ seperti Zainal Din Zainal, Kamal Hassan dan Mohd Noor Amin (NORAMIN). Pada waktu itu Noramin telah memperkenalkan satu rancangan belajar bahasa iaitu bahasa Jepun yang diberi nama "Mosyi-Mosyi" yang menjadi kebanggaan RMIK dan wargakota.

Program-program diperkuatkan lagi dengan mengundang tetamu ke studio disamping pendengar boleh berinteraksi melalui "phone-in". Laporan lalu lintas ‘secara langsung’ menerusi telefon dari Bilik Lampu Isyarat Berkomputer DBKL oleh diperkenalkan disamping laporan lalu lintas yang diberikan oleh Trafik Polis. Untuk merapatkan lagi hubungan dengan pendengar, RMIK sentiasa mengadakan siaran luar secara langsung dan menganjurkan rancangan kemasyarakatan. Pada 5 November 1983 RMIK telah mengadakan siaran secara langsung dari Panggung Anniversary dari pukul 09:00 hingga 22:00 sempena ulangtahun RMIK yang ke-10.

Rancangan-rancangan bercorak kemasyarakatan juga diperkenalkan. Ia dijalankan dengan kerjasama pihak swasta seperti rancangan "Pemandu Bersopan" yang bertujuan mengurangkan atau mengelakkan kemalangan jalanraya yang agak tinggi khususnya di ibu kota. Rancangan "Masih Ada Yang Sayang" disediakan khusus untuk golongan istimewa bagi menyedarkan masyarakat tempatan betapa mereka memerlukan perhatian dan diterima dalam masyarakat.

Rancangan-rancangan yang cergas, aktif, penuh semangat serta tidak menjemukan telah dijadikan stesen contoh oleh stesen-stesen daerah di seluruh negara. Mulai Ogos 1986 stesen daerah ataupun tempatan mencontohi RMIK dan mempersembahkan rancangan-rancangan mereka "ala RMIK".

Pada setiap hari Ahad jam 14:00 hingga 15:00,RMIK menyediakan "DJ POP". Rancangan ini mengandungi lagu-lagu paling popular pada minggu tersebut mengikut pilihan pendengar lagu yang mendapat undi terbanyak dan menjadi johan digelar Puncak Kinabalu, naib johan digelar Puncak Tahan dan tempat ketiga digelar Puncak Jerai. Ini dapat melatih pendengar khususnya anak-anak muda supaya lebih mengenali dan cintakan negara.

RMIK juga menyiarkan "DJ Jemputan". Rancangan ini memberi peluang kepada belia mengelolakan rancangan dan memilih lagu serta bertanding untuk pendengar memilihnya. Rancangan ini menggalakkan penyertaan golongan belia dari pelbagai kaum.

Pada tahun 1993, RMIK mencatat sejarah apabila diberi nama baru sebagai Radio 3 Ibukota (R3IK) yang dipancarkan menerusi gelombang FM 97.2 mhz. Peranan Radio 3 Ibukota diperkuatkan lagi sebagai penghubung antara Kerajaan dengan masyarakat dan masyarakat dengan Kerajaan melalui rancangan "Bandaraya Dan Anda", "Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Anda" dan "Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Anda".

Walaupun ketuanya sering bertukar-ganti, tetapi konsep utamanya tidak berubah iaitu mendekatkan hubungan masyarkat kosmopolitan. Memberi penerangan mengenai perkembangan semasa disamping lagu-lagu yang menghiburkan.

Sebagai penghormatan kepada pendengar yang setia, R3IK telah mengadakan pertandingan karaoke pada tahun 1994. Hasilnya seorang penyanyi bernama Mohd Zaid telah muncul dipersada seni suara.

Untuk wargakota yang ‘bertambah’ usianya diperkenalkan pula rancangan lagu-lagu lama atau evegreen diberi tajuk ‘kadang-kadang – jarang-jarang’ dan juga rancangan "Retro KL". Para pelajar juga tidak dilupakan. Setiap hari Jumaat malam Sabtu dari pukul 21:00 hingga 22:00 rancangan Kelab Studi diperkenalkan bagi pelajar tingkatan 3-5. Dimana satu topik atau mata pelajaran dibentangan oleh penceramah iaitu Tuan Haji Hasni dan pelajar yang kurang memahami topik tersebut akan menelefon dan bertanya. DJ nya adalah Manan.

Semasa tragedi bangunan runtuh Highland Towers pada tahun 1994, R3IK telah menyambung waktu siarannya 24 jam tanpa henti selama 7 hari bertujuan memberi maklumat dan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.

Bagi mengisi cita-cita dan hasrat penduduk Lembah Kelang, R3IK sekali lagi telah bertukar nama kepada Radio KL pada 15 Mac 1996. Walaupun wujud persaingan dari stesen swasta, Radio KL masih mampu mengekalkan kumpulan sasarannya yang berumur antara 15-40 tahun.

KL Hits (carta lagu-lagu popular) memutarkan lagu-lagu hits Melayu dan Inggeris diperkenalkan. Rancangan ini ke udara setiap malam Isnin hingga Jumaat jam 21:00 hingga 23:00. Ia mendapat sambutan di kalangan wargakota.

Pada 31 Ogos 1998 RKL dikenali sebagai RMKL (Radio Malaysia Kuala Lumpur) selaras dengan panggilan radio lain-lain saluran. Kehadiran banyak stesen radio swasta di era digital ini merupakan saingan positif dan merupakan pencabar kepada keunggulan RMKL. Menyahut platfom penyiaran era digital RMKL meyakinkan siarannya dengan menyusun dan menerbitkan beberapa rancangan baru. Pada ulangtahun RMKL, 1 April 1997 telah dilancarkan lagu korporat RMKL. Begitu juga untuk mengeratkan lagi dan memastikan segala usaha kerajaan dalam membina masyarakat di tujuh kawasan parlimen telah dilancarkan Kelab Setia RMKL. Rancangan ini mengundang wakil-wakil rakyat di tujuh-tujuh kawasan parlimen membincangkan perkembangan dan sama-sama mengatasi masalah masing-masing.

Mencecah era teknologi maklumat, RMKL bertanggungjawab menggerakkan dan meransangkan minat pendengar menerusi slot Sensasi Cyber dan IT, pelancarannya pada 18 September 1997.

RMKL terus menyemarakkan siaran dan memaklumatkan pendengar menerusi rancangan berbentuk "infotainmen" dan "edutainmen". Program-program seperti slot IT, Bersama Polis Kita, Bijak Matematik, KL Dan Kita, Laporan Sukan dan Kuiz merupakan di antara rancangan terbitan RMKL yang mendapat sambutan hebat dari pendengar RMKL. Pada 1 April 2001, RMKL telah menambahkan siaran daripada 18 jam kepada 24 jam sehari.

frekuensi
KLFM 97.2 FM

Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia Radio, KLFM Live Streaming, Live KLFM , Listen Online KLFM