XFM Live Streaming

VoCasts - Listen Live Radio Watch Free Tv Streaming: XFM Live Streaming

XFM Live Streaming

XFM Live Streaming|VoCasts - Listen  Live Radio Watch Free Tv Streaming
Now You Listen Radio XFM, For More Info Visit Radio Website
Ganre: Malaysia, Talk, Astro Radio,
For More Radio From Malaysia Click HERE

XFM ialah sebuah stesen radio di Malaysia yang terkenal kerana hanya memutarkan lagu-lagu Malaysia. Nama asal stesen radio ini adalah XFresh FM, walaupun telah bertukar nama kepada XFM pada Ogos 2008, namun penggunaan nama XFresh dalam logo diteruskan sehingga pertengahan 2009. Stesen ini menyasarkan pendengar remaja. XFM dilancarkan di corong FM pada 28 September 2004 setelah lama hanya berkumandang di Astro Radio dan DVRPlayer di bawah nama Varia.

XFM merupakan salah satu komponen kepada jenama portal web remaja Xfresh yang merupakan naungan AMP Radio Networks.

Stesen radio ini menggunakan cogan kata "Muzik Malaysia Terbaru Anda". Kini XFM bersiaran secara online bermula pada 9 Julai 2012, frekuensi dan slot di Astro saluran 858 diambil-alih oleh stesen radio berbahasa Cina, Melody FM.

Setelah Din Beramboi meninggal dunia pada April 2010 akibat demam denggi, Ray dan Haniff (penyampai untuk program Ra'yat Pagi X) telah dipindahkan ke Era FM untuk menemani Aznil Nawawi untuk segmen Riuh Pagi Era bermula Jun 2010. Johan kemudiannya menggantikan Aznil Nawawi dalam segmen pagi pada Januari 2012.

Thevandran a/l Ramanath/Burn juga telah dipindahkan ke Era FM pada November 2008 setelah beberapa orang penyampai di sana telah keluar daripada stesen radio tersebut.

Manakala, Nana (sebelumnya bertugas di Era FM) pula dipindahkan ke XFM untuk tujuan mempromosikan stesen ini, tetapi telah meninggalkan XFM pada Mei 2011.

Pada tahun 2010 juga, menyaksikan X FM kehilangan sejumlah besar pendengar kerana membelakangi motto mereka sendiri, iaitu "berdiri dibelakang bunyi baru muzik Malaysia". XFM membelakangi motto mereka dengan mengudarakan lagu-lagu lama yang kebanyakan adalah lagu 90-an, walaupun telah di kritik oleh pendengar, mereka tetap meneruskan siaran tersebut. Namun, cogankatanya telah bertukar kepada XFM Rocks dan kemudiannya, Muzik Malaysia Terbaru Anda, pada tahun berikutnya.

Frekuensi
103.0FM - Lembah Klang
106.5FM - Pulau Pinang, Kedah dan Perlis
104.9FM - Taiping
98.5FM - Ipoh
97.9FM - Seremban
107.3FM - Johor Utara, Melaka
98.4FM - Johor Bahru/Singapura (Gunung Pulai)
100.0FM - Kuantan
104.0FM - Kuala Terengganu
99.8FM - Kota Bahru
98.6FM - Kota Kinabalu
103.7FM - Kuching
103.3FM - Johor Bahru (Johor Bahru Metropolis Tower)

Dan juga di Astro Saluran 858.

 Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia  Radio, XFM  Live Streaming, Live XFM , Listen Online
XFM , XFM capsule online