Suria FM Live Streaming

VoCasts - Listen Live Radio Watch Free Tv Streaming: Suria FM Live Streaming

Suria FM Live Streaming

Suria FM  Live Streaming|VoCasts - Listen  Live Radio Watch Free Tv Streaming
Now You Listen Radio Suria FM, For More Info Visit Radio Website
Ganre: Malaysia, Talk,
For More Radio From Malaysia Click HERE

Suria FM merupakan   stesen radio berbahasa Melayu di Malaysia di bawah kelolaan Rimakmur Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada Star Publications (M) Berhad. Suria FM mula beroperasi pada 26 Disember 2005, tetapi tidak bersiaran ke seluruh negara sehingga 24 November 2007. Pada awalnya, ibu pejabat siaran Suria FM dipancarkan terus dari tingkat 15, Bangunan Am Assurance, No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur, tetapi sejak Jun 2011, ibu pejabat siaran Suria FM telah berpindah ke Tropicana City Office Towers, Level 2.01, No. 3, Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Suria FM memfokuskan pendengar berusia antara 18 tahun hingga 45 tahun. "Menceriakan Duniamu" digunakan sebagai cogankata stesen ini. Konsep muzik pula lebih kepada "all time favourite". Suria FM juga merupakan satu-satunya lifestyle radio dan yang pertama di Malaysia. Seramai lapan orang penyampai radio diperkenalkan dan masing-masing mengendalikan enam segmen berbeza. Kesemua penyampai radio berkenaan memulakan tugas pukul 6 pagi sehingga 2 pagi. Selepas waktu tersebut, hanya putaran lagu sahaja akan ke udara.

Frekuensi
Frekuensi di Sabah ialah 105.9 FM. Di Sabah, Suria Pagi Kinabalu bersiaran menggunakan pemancar radio di Sabah, berbeza dengan Ceria Pagi di Suria di negeri lain.


105.3 MHz dari tapak pemancar Gunung Ulu Kali, Genting Highlands, Pahang yang meliputi kawasan Lembah Klang termasuk Tanjung Malim, Perak dan Tapah, Perak.
107.0 MHz dari Gunung Telapa Buruk untuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Negeri Sembilan dan Masjid Tanah, Melaka.
88.5 MHz dari Gunung Ledang, Johor untuk negeri Melaka dan kawasan Johor Utara.
96.1 MHz dari Kuantan, Pahang untuk kawasan Pahang Timur.
105.9 MHz dari Kota Kinabalu, Sabah untuk bahagian Pantai Barat.
96.0 MHz dari Ipoh, Perak untuk kawasan Perak Tengah dan Lembah Kinta.
91.7 MHz dari Taiping, Perak untuk kawasan Barat Laut Perak.
102.4 MHz dari Kuala Terengganu, Terengganu.
106.1 MHz dari Kota Bharu, Kelantan untuk kawasan kelantan utara.
106.9 MHz dari Gunung Jerai untuk negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
101.4 MHz dari Gunung Pulai untuk negeri Johor dan Singapura.
Suria FM boleh didengari di Sarawak dan Bahagian Sabah Pendalaman Bawah secara online

Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia  Radio, Suria FM Live Streaming, Live Suria FM , Listen Online
Suria FM, Suria FM capsule online