SelangorFM Live Streaming

VoCasts - Listen Live Radio Watch Free Tv Streaming: SelangorFM Live Streaming

SelangorFM Live Streaming

SelangorFM Live Streaming|VoCasts - Listen  Live Radio Watch Free Tv Streaming
Now You Listen Radio SelangorFM, For More Info Visit Radio Website
Ganre: Malaysia, Talk, Rtm Radio, Selangor, Selangor Radio
For More Radio From Malaysia Click HERE

Selangor FM (sebelum ini dikenali sebagai Radio Malaysia Selangor (RMS) dan sebelum itu Radio 3 Shah Alam dan sebelumnya dikenali sebagai Siaran kawasan teengah berkongsi dengan pendengar Negeri Sembilan , Perak Selatan dan Pahang Barat ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dari Bangunan Sultan Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.Sekarang ini Studio Radio Malaysia Selangor tidak lagi beroperasi di Bangunan Sultan Abd Aziz setelah dihalau oleh kerajaan negeri yang tidak sebulu dengan stesen ini. Oleh itu setelah dihalau maka RTM memindahkan operasinya ke Angkasapuri bagi meneruskan siaran ini.Ia disiarkan dari jam 06:00 hingga 00:00 dalam Bahasa Melayu dan menyiarkan berita tempatan dan juga muzik Malaysia. Ia dipancarkan dalam 100.9 MHz dari tapak pemancar Gunung Ulu Kali dan juga boleh didengar di Selangor, Kuala Lumpur, Perak Selatan (termasuk Tapah), bahagian Utara Negeri Sembilan dan bahagian Pahang Barat.

Sebagai salah sebuah Stesen Radio Negeri yang berindukkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri, Kuala Lumpur, Selangor FM sebenarnya lahir pada permulaannya dengan nama Radio Malaysia Kawasan Tengah (RMKT) pada Januari 1982. Peneraju pada peringkat permulaannya ialah Tuan Haji Yusof Hj. Awang dan Allahyarham Wan Ahmad Kamal. Radio Malaysia Kawasan Tengah sebenarnya adalah milik bersama tiga buah negeri berjiran iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan, Negeri Sembilan Darul Khusus dan Pahang Darul Makmur.

Studio operasi RMKT terletak di Wisma Radio Angkasapuri Kuala Lumpur dengan Gelombang Siaran 98.3 FM Mono, kini digunakan untuk Klasik Nasional siaran Gunung Ulu Kali. Perubahan nama dilakukan apabila Negeri Sembilan telah mula mempunyai stesen radio sendiri iaitu Radio 3 Seremban. Sebagai mengambil sempena nama ibu negeri Selangor, stesen radio bagi Negeri Selangor telah diberi nama Radio 3 Shah Alam. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Mohd Taib pada 16 Ogos 1990. Siaran Radio 3 Shah Alam dipancarkan melalui 100.9 MHz.

Pada 16 Mei 1991, Radio 3 Shah Alam telah berpindah dari pusat operasinya di Wisma Radio, Angkasapuri ke Aras 4 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Pada 1 Januari 1993. Siaran Radio 3 Shah Alam telah dilanjutkan selama 18 jam bermula jam 06:00 hingga 00:00 melalui gelombang FM Stereo sepenuhnya. Walaupun sasaran utama adalah Negeri Selangor, tetapi siaran ini juga boleh diikuti dengan jelas oleh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak Selatan, Pahang Barat dan sebahagian Negeri Sembilan, Melaka (kawasan Kuala Sungai Baru, Tanjong Bidara Sahaja) dan Johor.Sekarang Studio Selangor FM telah dpindahkan ke Angkasapuri pada 17 April 2008 yang lalu apabila diarah Kerajaan Negeri Selangor supaya berpindah dari beroperasi di Bangunan Sultan Salahudin milik kerajaan negeri kerana sebab-sebab tertentu.

Sempena menyambut saranan semangat patriotik daripada Kementerian Penerangan Malaysia dan selaras dengan semua stesen-stesen radio negeri seluruh Malaysia, Radio 3 Shah Alam turut diubah namanya menjadi Radio Malaysia Selangor dengan rasminya pada 31 Ogos 1998. Seperti stesen lain, Radio Malaysia Selangor sebagai sebuah media kerajaan yang berfungsi memberi maklumat dan hiburan juga bertindak sebagai jambatan yang mampu merapatkan hubungan pelbagai hala antara agensi kerajaan dan swasta dengan rakyat.

Pada 1 April 2005, dibawah Program Penjenamaan Semula RTM, kesemua 32 stesen radio RTM telah bertukar nama. Bermula saat itu, Radio Malaysia Selangor kini dikenali sebagai SELANGORfm. Detik itu telah menjadi titik tolak bermulanya segala perubahan yang dilakukan terhadap rancangan dan cara penyampaian di SELANGORfm.

Majlis Pelancaran Pengenalan Semula SELANGORfm telah diadakan pada 19 Jun 2005, disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamad Khir Bin Toyo.

SELANGORfm menjanjikan rancangan yang lebih menarik serta informasi yang padat dan terkini bagi memenuhi citarasa pendengar masa kini. Bagaimanapun, sebagai sebuah stesen radio kerajaan, SELANGORfm tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat dan menyebarkan maklumat kerajaan kepada rakyat.


Pada 12 April 2008, Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi kata dua kepada Selangor FM untuk menyiarkan slot satu jam seminggu kepada kerajaan negeri untuk memberi penerangan mengenai program-program serta dasar kerajaan negeri, ataupun keluar daripada Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah yang turut menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri.Stesen radio berkenaan diberi masa seminggu untuk memenuhi tuntutan kerajaan negeri tersebut. Walau bagaimanapun, stesen tersebut enggan memenuhi tuntutan kerajaan negeri. Akibatnya, Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Chik menyuruh Selangor FM berpindah keluar daripada bangunan tersebut dan sebaliknya beroperasi di Wisma Radio Angkasapuri, dengan kenyataan bahawa RTM tidak gentar akan amaran seperti itu.


 Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia  Radio, SelangorFM Live Streaming, Live SelangorFM , Listen Online
SelangorFM,SelangorFM capsule online