Ganre: Malaysia, Talk, Rtm Radio, SabahFM, Sabah Radio
For More Radio From Malaysia Click HERE
Sejarah penyiaran di Sabah bermula pada tahun 1939 dengan ulasan selari perlumbaan kuda di Jesselton (sekarang Kota Kinabalu) yang dibuat dalam Bahasa Inggeris dan disiarkan melalui talian radio-telefon ke Sandakan. Radio telefon ini dikuasai oleh Jabatan Radio-Telegraf yang telah wujud sebelum tahun 1916 .
Perkhidmatan siaran radio sepatutnya boleh dimulakan sebelum tahun lima puluhan tetapi tidak ada siapa pun yang mahu atau berhak memulakannya. Atas inisiatif seorang jurutera Telekom, Mr. Bradley, beliau membuat percubaan siaran radio dari rumahnya sendiri sebagai studio dan memancarkannya dengan menggunakan alat pemancar yang terdapat di bangunan Pos dan Telegraf yang kebetulan terletak dekat dengan rumahnya .
Siaran percubaan dari rumah Mr. Bradley dikendalikan pada tengah hari dengan menyiarkan berita, kadangkala pengumuman dan rencana mengenai perlumbaan kuda yang sememangnya amat diminati ramai. Walaupun masih dalam percubaan sambutan orang ramai amat menggalakkan diukur dari segi permintaan Lesen Penerima Siaran yang perlu dibayar kepada Jabatan Pos dan Telegraf. Dalam tahun 1951 jumlah lesen yang dikeluarkan ialah 1,611 dan dalam tahun yang sama siaran percubaan ini dikendalikan dalam tiga bahasa iaitu Inggeris, Melayu dan Cina.
Siaran radio dari rumah Mr. Bradley berkembang dengan pesatnya dan telah mendapat sokongan dari pihak pemerintah British Jajahan Borneo Utara. Operasi penuh dimulakan dalam tahun 1952 dengan memperkenalkan rancangan-rancangan radio yang lebih tersusun dan secara tidak rasminya perkhidmatan ini dikenali sebagai Radio Sabah.
Rancangan-rancangan yang baru diperkenalkan ini dikelolakan oleh kakitangan Jabatan Penerangan dan disiarkan oleh Jabatan Telekom. Kedua-dua jabatan telah bekerjasama iaitu Jabatan Penerangan menyediakan berita, rancangan dan pengumuman sementara Telekom mengendalikan bidang teknikalnya.
Pada 9 November 1955 Perkhidmatan Radio Sabah telah dilancarkan secara rasminya serentak dengan perasmian bangunan sementara yang terletak di Bukit Brace berhampiran dengan menara jam di ibu negeri. Turut dilancarkan ialah siaran petang oleh Gabenor Jajahan Borneo Utara, Sir Roland Turnbull. Ketika ini Radio Sabah dikendalikan dalam 4 bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Kadazan.
Perkhidmatan Radio Sabah terus berkembang apabila bangunan tetap Wisma Radio siap dibina pada tahun 1962 yang terletak di Bukit Nenas, Jalan Tuaran iaitu bangunan yang ada sekarang. Selepas Sabah merdeka melalui pembentukan Malaysia pada 1963 Radio Sabah bertukar nama menjadi Radio Malaysia Sabah. Siaran Radio bermula di bangunan baru ini pada 23 Jun 1963. Jabatan Penyiaran Malaysia kemudian berpisah dengan Jabatan Penerangan Malaysia pada 1964 di bawah naungan Kementerian Penerangan Persekutuan.
Sejak dari tarikh ini Jabatan Penyiaran telah menjadi sebuah agensi kerajaan yang amat berpengaruh di negeri ini. Perananya sebagai alat sebaran am kerajaan terbukti dari jumlah peruntukan wang yang besar bagi mengembang dan meluaskan kegiatan-kegiatannya di Sabah. Pembinaan stesen-stesen pemancar yang baru di tempat-tempat strategik di seluruh negeri meluaskan lagi pemancaran radio sejajar dengan pembangunan pesat di negeri ini.
Selari dengan perkembangan fizikal jabatan ini, perkembangan di bidang rancangan juga amat pesat. Ini dapat dilihat dari keupayaan 'output' pada kadar kiraan masa siaran dalam seminggu. Pada tahun 1955 masa siaran di udara hanya 15 jam seminggu berbanding dengan masa siaran yang ada sekarang iaitu Rangkaian Satu (siaran Bahasa Malaysia) 24 jam sehari atau 168 jam seminggu dan Rangkaian Kedua (siaran berbagai bahasa) juga 24 jam sehari. Rancangan-rancangan di awal lima puluhan dan enam puluhan merupakan 95 peratus bahan-bahan luar negeri (foreign transcription).
Pada keseluruhannya dasar rancangan Radio Malaysia Sabah adalah selaras dengan dasar Ibu Pejabat di Kuala Lumpur iaitu memberi khidmat kepada pendengar-pendengarnya imbangan rancangan yang sihat dari segi maklumat, pendidikan dan hiburan.
Sejak diwujudkan hingga sekarang perkhidmataan siaran dalam bahasa Melayu ini telah beberapa kali mengalami pertukaran nama. Bermula dengan Perkhidmatan Melayu bertukar kepada Rangkaian Nasional, kemudian bertukar lagi kepada Siaran Bahasa Malaysia. Sekarang ini berikutan penjenamaan semula, ia dikenali sebagai SABAH FM. Pemilihan nama baru itu adalah selari dengan perkhidmatan industri penyiaran bukan sahaja di peringkat nasional tetapi di peringkat global.
Frekuensi
89.1 MHz Kota Kinabalu
89.6 MHz Tawau, Semporna, Kalabakan
89.7 MHz Lahad Datu
89.9 MHz Pantai Barat, Tuaran-Papar
90.3 MHz Tenom, Keningau
92.9 MHz Sandakan, Beluran, Bkt. Garam
95.7 MHz Tawau
95.9 MHz Kudat, Tandek, Pitas
97.1 MHz Kudat
97.9 MHz Sindumin, W.P. Labuan
101.5 MHz Kota Belud
104.5 MHz Pedalaman dan Pantai Barat.
Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia Radio, SabahFM Live Streaming, Live SabahFM , Listen Online
SabahFM, SabahFM capsule online