Ganre: Malaysia, Talk, Rtm Radio, Negeri Sembilan, Negeri Radio
For More Radio From Malaysia Click HERE
Mula beroperasi pada tahun 1990 di Jalan Raja Ali, Seremban, hasil idea mantan Menteri Penerangan, Datuk Seri Mohammad Rahmat. Lokasi kini terletak di Jalan Sungai Gadut sejak 2007. Pada 2008, ia dengan rasminya dinamakan Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar pada ketika itu, Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Tuanku Abdul Rahman.Nama Tuanku Muhammad diambil bersempena dengan nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar Dikenali sebagai NEGERIfm sejak tahun 2005. Sebelum ini ia diberi nama Radio 3 Seremban (1990) dan Radio Malaysia Negeri Sembilan (1998).Bersiaran langsung setiap hari selama 18 jam sehari dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad dilengkapi dengan kemudahan siaran digital dan Auditorium Tengku Puan Cik (sempena nama nenda Almarhum Tuanku Ja’afar) yang boleh memuatkan seramai 1,000 orang penonton.Siaran radio NEGERIfm boleh diikuti menerusi gelombang-gelombang 92.6 di Seremban, 95.7 dari Bukit Tampin dan 107.7 dari Gunung Ledang, serta meliputi beberapa kawasan di Kuala Lumpur, utara Johor termasuk Muar dan Tangkak dan Segamat Utara sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Melaka seperti Pulau Sebang, Alor Gajah, Lubuk Cina, Masjid Tanah, Nyalas kawasan-kawasan lain di Melaka penerimaannya agak kurang memuaskan. Melaka.Waris NEGERIfm iaitu merupakan satu saluran interaktif berbentuk sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan untuk mendekatkan hubungan NEGERIfm dengan para pendengar. Siaran stesen ini juga boleh didengari menerusi laman web www.negeri.fm
92.6 MHz - Gunung Telapa Buruk meliputi Seremban, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu, Port Dickson, Kuala Lumpur, Putrajaya, sebahagian Pahang Barat (Bera, Triang, Kemayan, Karak, Mentakab dan Mengkarak) dan Selangor (Hulu Langat, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Sungai Buloh, Kuala Langat, Sepang, Rawang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor) serta sebahagian kecil Perak Selatan (Tanjung Malim)
95.7 MHz - Bukit Tampin (Tampin, Johol dan sebahagian daerah Rembau). Siaran Negeri FM 95.7MHz tidak jelas di Rembau, Gemencheh, Gemas dan Melaka kerana gangguan dari FLY FM pemancar Lembah Klang yang menggunakan Frekuensi 95.8FM dan Asyik FM pemancar Gunung Ledang yang menggunakan Frekuensi 95.6FM. 95.7MHz hanya meliputi kawasan Tampin, sebahagian Rembau (Kota) dan Alor Gajah sahaja. Frekuensi di Rembau ialah 92.6MHz, manakala frekuensi di Gemencheh dan Gemas ialah 107.7MHz
107.7 MHz - Gunung Ledang meliputi Melaka, Johor Utara, Gemencheh, Gemas, Batang Melaka, Tampin, Rembau dan bahagian barat daya Pahang (Bandar Tun Abdul Razak, Keratong dan Bandar Muadzam Shah)
101.3 MHz - Port Dickson (sudah ditamatkan)
96.3 MHz - Gemencheh (sudah ditamatkan)
107.9 MHz - Seremban (sudah ditamatkan)
Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia Radio, NegeriFM Live Streaming, Live NegeriFM , Listen Online
NegeriFM, NegeriFM capsule online