IKIMfm Live Streaming

VoCasts - Listen Live Radio Watch Free Tv Streaming: IKIMfm Live Streaming

IKIMfm Live Streaming

IKIMfm Live Streaming|VoCasts - Internet Radio Internet Tv Free ,Collection of free Live Radio And Internet TV channels. Over 2000 online Internet Radio
Now You Listen Radio IKIMfm , For More Info Visit Radio Website
Ganre: Malaysia, Talk, Islamik Radio, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
For More Radio From Malaysia Click HERE
Search Tag: Malaysia Radio Online, Malaysia Radio Streaming, Malaysia Radio Broadcaster,Listen Live Malaysia Radio, Malaysia Radio Stations,Live Malaysia Radio, Stream Online Malaysia Radio, IKIMfm Live Streaming, Live IKIMfm , Listen Online IKIMfm
IKIM.fm merupakan salah satu saluran radio yang terdapat di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Ia dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. IKIM.fm boleh didengari di Singapura, Batam, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Narathiwat dan Pattani) IKIMfm dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Frekuensi IKIM.fm dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang), pada awal tahun 2000. Ia juga boleh diikuti melalui internet di laman webnya. Rancangan dan isi kandungannya adalah bercorak agama Islam. Stesen radio ini beroperasi selama 24 jam.

Sekitar 95% programnya dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap semua radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan sekitar 786,000 pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.

Frekuensi
91.5 FM dari Gunung Ulu Kali untuk Lembah Klang, Perak Selatan dan Pahang Barat
89.0 FM dari Gunung Jerai untuk Kedah Tengah (Alor Setar, Gurun, Padang Terap, Jitra, Yan), Perlis, Langkawi dan Satun, Thailand
102.7 FM dari Bukit Genting untuk Pulau Pinang dan bahagian selatan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu)
102.7 FM dari Gunung Kledang untuk Perak Tengah (Ipoh, Kuala Kangsar, Hilir Perak, Manjung), Cameron Highlands dan sebahagian selatan negeri Kelantan (Gua Musang)
102.7 FM dari Gunung Telapa Burok untuk Negeri Sembilan dan Selangor Selatan
89.5 FM dari Gunung Ledang untuk Melaka dan Johor Utara (Muar, Segamat, Ledang dan Batu Pahat)
106.2 FM dari Gunung Pulai untuk Johor Selatan (Johor Bahru, Kulaijaya, Kota Tinggi, Kluang, Pontian, Mersing) dan Singapura. Frekuensi asal ialah 107.9MHz, ditukar kepada 106.2MHz sejak tahun 2002.
89.6 FM dari Bukit Pelindung II untuk Pahang Timur (Kuantan, Pekan), dan Terengganu Selatan (Kemaman)
100.2 FM dari Bukit Besar untuk Kuala Terengganu
89.8 FM dari Bukit Panau untuk Kelantan Utara (Kota Bharu, Tanah Merah, Jeli, Machang, Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai, Bachok), Terengganu Utara (Besut), Selatan Thai (Narathiwat dan Pattani) dan Gerik Timur (Banjaran Titiwangsa)
93.6 FM dari Gunung Serapi untuk Kuching, Sarawak. Frekuensi asal ialah 98.8MHz, ditukar sejak tahun 2002.
104.0 FM dari Tanjung Lobang untuk Miri, Sarawak dan Kuala Belait, Brunei Darussalam.
93.9 FM dari Bukit Kokol untuk Kota Kinabalu
100.7 FM dari Gunung Andrassy untuk Tawau, Sabah
107.3 FM dari Gunung Silam untuk Lahad Datu, Sabah